15 Julai 2020 : Suasana Hari Pertama Pembukaan Sekolah.Tahniah kepada seluruh warga sekolah serta sokong padu daripada PIBG dalam memastikan norma baharu dipatuhi.
Sunday 11 October 2020
Sunday 24 February 2019
18 FEBRUARI 2019 : PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2019
18 FEBRUARI 2019 : PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2019
TEMPAT : DEWAN AL-ARIF
Objektif Program
- Menggalakkan pelajar hadir ke sekolah.
- Mengelakkan berlakunya gejala negatif.
- Menyemai sikap menghargai masa dalam kalangan pelajar.
- Meningkatkan pencapaian akademik pelajar.
Monday 23 April 2018
22 APRIL 2018 ;PERJUMPAAN MENTOR MENTEE
Program mentor mentee merupakan satu proses
interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing,
menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu
(mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi
penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti
membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha
membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara
Sunday 8 April 2018
MINGGU DISIPLIN SEMKIT 2018
Minggu Disiplin SEMKIT (1 April - 08 April 2018 ) adalah satu program tahunan yang dikendalikan oleh unit disiplin dan pengawas yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelajar betapa pentingnya mematuhi peraturan disiplin serta memberi maklumat yang jelas tentang peraturan disiplin SMK bukit Tunggal. " Transformasi Disiplin Pemancu Kemenjadian Murid "
![]() |
Nyanyian lagu Negaraku dan Selamat Sultan |
![]() |
Pelajar -Pelajar mendengar ucapan perasmian minggu disilin |
![]() |
Gimik Perasmian yang disempurnakan oleh Inspektor Siti Noramirah binti Ahmad Seburi |
Sunday 2 April 2017
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI Ke- 25 , MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGN DAN PENYAMPAIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2017
Pada 30 Mac 2017 , SMK Bukit Tunggl telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke -25 di Dewan Al-Arif SMK Bukit Tunggal.Seawal jam 8.30 pagi, ibu bapa / penjaga hadir membuat pendaftaran sebelum mengambil tempat masing-masing di dalam dewan. Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan Al-Quran dan terjemahan oleh wakil pelajar.Seterusnya ucapan dan pembentangan mesyuarat oleh Yang Dipertua PIBG, Tuan Arif Sahibu Fadilah bin Tuan Ahmad.Turut diadakan lantikan yang dipertua PIBG untuk sesi 2017 /2018..Tahniah kepada Tuan Arif Sahibu Fadilah kerana sekali lagi dipilih menjadi Yang Dipertua PIBG dan mendapat sokongan dari semua ibu-bapa.
Selepas Mesyuarat Agung PIBG , Diadakan pula Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan penyampaian bantuan awal persekolahan 2017.Objektif Majlis anugerah kecemerlangan pelajar adalah untuk memberi penghargaan kepada pihak sekolah dan PIBG kepada para pelajar yang telah
mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum 2016.Penganugerahan ini diharapkan dapat memberi motivasi kepada pelajar supaya terus melakar kecemerlangan di pentas keilmuan.
Selepas Mesyuarat Agung PIBG , Diadakan pula Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan penyampaian bantuan awal persekolahan 2017.Objektif Majlis anugerah kecemerlangan pelajar adalah untuk memberi penghargaan kepada pihak sekolah dan PIBG kepada para pelajar yang telah
mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum 2016.Penganugerahan ini diharapkan dapat memberi motivasi kepada pelajar supaya terus melakar kecemerlangan di pentas keilmuan.
Pelajar terbaik STPM , Mohd Hafiz bin Ramly
Pelajar terbaik SPM , Mohd Farhan bin Khairuddin
Monday 27 February 2017
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2017 ( 21-23 FEBRUARI 2017 )
KEPUTUSAN PENUH KEJOHANAN
KHEMAH TERBAIK - RUMAH HANDAL
PERBARISAN TERBAIK - RUMAH BERANI
Tuesday 14 February 2017
14 FEBRUARI 2015 : MAJLIS PERSARAAN USTAZ HJ. ZAMRI BIN EMBONG
Subscribe to:
Posts (Atom)