header

BANGUN BINA BERSAMA MELONJAKKAN KECEMERLANGAN SMKBT :: BANGUN BINA BERSAMA MELONJAKKAN KECEMERLANGAN SMKBT :: BANGUN BINA BERSAMA MELONJAKKAN KECEMERLANGAN SMKBT

Sunday, 11 October 2020

 15 Julai 2020 : Suasana Hari Pertama Pembukaan Sekolah.Tahniah kepada seluruh warga sekolah serta sokong padu daripada PIBG dalam memastikan norma baharu dipatuhi.

-Penjarakan 1 meter
-Kerap mencuci tangan
-Amalkan 3W
-Elakkan 3S
-
" Bangun Bina Bersama Melonjakkan Kecemerlangan SMKBT"




Sunday, 24 February 2019

18 FEBRUARI 2019 : PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2019


18 FEBRUARI 2019 : PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2019
TEMPAT : DEWAN AL-ARIF








Objektif Program 
  • Menggalakkan pelajar hadir ke sekolah.
  • Mengelakkan berlakunya gejala negatif.
  • Menyemai sikap menghargai masa dalam kalangan pelajar.
  • Meningkatkan pencapaian akademik pelajar.

Monday, 23 April 2018

22 APRIL 2018 ;PERJUMPAAN MENTOR MENTEE

 Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara






Sunday, 8 April 2018

MINGGU DISIPLIN SEMKIT 2018

Minggu Disiplin SEMKIT (1 April - 08 April 2018 ) adalah satu program tahunan yang dikendalikan oleh unit disiplin dan pengawas yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelajar betapa pentingnya mematuhi peraturan disiplin serta memberi maklumat yang jelas tentang peraturan disiplin SMK bukit Tunggal. " Transformasi Disiplin Pemancu Kemenjadian Murid "

Nyanyian lagu Negaraku dan Selamat Sultan



Pelajar -Pelajar mendengar ucapan perasmian minggu disilin

Gimik Perasmian yang disempurnakan oleh Inspektor Siti Noramirah binti Ahmad Seburi

Sunday, 2 April 2017

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI Ke- 25 , MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGN DAN PENYAMPAIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2017

 Pada 30 Mac 2017 , SMK Bukit Tunggl telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke -25 di Dewan Al-Arif SMK Bukit Tunggal.Seawal jam 8.30 pagi, ibu bapa / penjaga hadir membuat pendaftaran sebelum mengambil tempat masing-masing di dalam dewan. Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan Al-Quran dan terjemahan oleh wakil pelajar.Seterusnya ucapan dan pembentangan mesyuarat oleh Yang Dipertua PIBG, Tuan Arif Sahibu Fadilah bin Tuan Ahmad.Turut diadakan lantikan yang dipertua PIBG untuk sesi 2017 /2018..Tahniah kepada Tuan Arif Sahibu Fadilah kerana sekali lagi dipilih menjadi Yang Dipertua PIBG dan mendapat sokongan dari semua ibu-bapa.
 Selepas Mesyuarat Agung PIBG , Diadakan pula Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan penyampaian bantuan awal persekolahan 2017.Objektif Majlis anugerah kecemerlangan pelajar adalah untuk memberi penghargaan kepada pihak sekolah dan PIBG kepada para pelajar yang telah
mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum 2016.Penganugerahan ini diharapkan dapat memberi motivasi  kepada pelajar supaya terus melakar kecemerlangan di pentas keilmuan.
 Pelajar terbaik STPM , Mohd Hafiz bin Ramly
Pelajar terbaik SPM , Mohd Farhan bin Khairuddin





Monday, 27 February 2017

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2017 ( 21-23 FEBRUARI 2017 )





 Khamis -23 Februari 2017 - Majlis perasmian  penutup kejohanan balapan dan padang kali ke -23 telah disempurnakan oleh Tuan Arif Sahibu Fadilah, Pegawai Pembangunan Dun Bukit Tunggal merangkap Pengerusi PIBG SMK Bukit Tunggal.Sebanyak 70 acara yang dipertandingan merangkumi 4 kategori iaitu P 15 , P 18 , L15 dan L18.Majlis dimeriahkan lagi dengan acara merejam  lembing dan melontar peluru  untuk acara bapa  dan guru lelaki manakala lontar peluru untuk acara ibu dan guru wanita.Diharap dengan adanya kejohanan ini para pelajar dapat membuktikan keupayaan dan kualiti yang ada pada diri mereka, seterusnya menjadi pemangkin untuk mencungkil bakat-bakat baru yang kelak akan mampu mengharumkan nama sekolah,negeri,negara dan seterusnya ke peringkat antarabangsa.

KEPUTUSAN PENUH KEJOHANAN
KHEMAH TERBAIK          - RUMAH HANDAL
PERBARISAN TERBAIK     - RUMAH BERANI




Tuesday, 14 February 2017

14 FEBRUARI 2015 : MAJLIS PERSARAAN USTAZ HJ. ZAMRI BIN EMBONG


Pengetua Tn. Hj Ismail bin Kusri mengiringi ustaz Zamri ke Dewan Al Arif dengan diserikan oleh paluan kompang.

Bersama anak didik kelas KAA yang dididik 

Kenangan bersama Pengurusan SEMKIT

Kengan bersama guru-guru Pendidikan Islam SEMKIT 2017