header

TRANSFORMASI SMKBT BAHARU :: TRANSFORMASI SMKBT BAHARU :: TRANSFORMASI SMKBT BAHARU

POWr Event Slider

Profil Sekolah

LATAR BELAKANG PENUBUHAN  SEKOLAH SMK BUKIT TUNGGAL

 
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN  BUKIT TUNGGAL


SMKBT mula dibuka pada Januari 1980 (menumpang di SMK Ibrahim Fikri ) dengan bilangan pelajar seramai 544 orang manakala bilangan guru seramai 31 orang. Pengetua pertama ialah Encik Mohd Zahid bin Awang.

Pada bulan September 1980, SMKBT mula berpindah ke bangunan sendiri di tapak sediaada sekarang dengan keluasan tanah 20.633 ekar yang terdiri daripada 3 blok bangunan 2 tingkat, bangunan bengkel SPU dan 3 makmalS ains, 3 tandas dan 1 unit rumah guru.

Bilangan pelajar pula telah bertambah kepada 988 orang dengan kapasiti 43 orang guru Pada tahun 1981 merupakan tahun pertama calon SRP dan calon SPM mengambil peperiksaan di SMK Bukit Tunggal.

Jumlah calon SRP  pada tahun tersebut seramai 190 orang dengan peratus lulus 71.05 % manakala calon SPM seramai 85 calon dengan peratus lulus 65.8%. Pada 30 Oktober 1987 SMK Bukit Tunggal telah dirasmikan oleh YAB Dr.Mahathir bin Mohammad merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu.


VISI 
“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” 

MISI
“Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan 
Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”. 

OBJEKTIF
Melestarikan Pendidikan Terbilang Adalah Amanah Kita 

POLISI
Melahirkan Pelajar Yang Cemerlang Akademik, Kokurikulum, Sahsiah 
Dan Kuat Pegangan Agama 

MOTTO
“BERDISIPLIN , BERILMU, BERBAKTI"

SLOGAN
“Transformasi Bukit Tunggal Baharu”

LAGU SEKOLAH
 “SMKBT YANG TERCINTA“

SMKBT yang tercinta
Namamu Megah Meniti Usia
Membina Insan Berjiwa Mulia
Tetapku Damba Setiap Masa
Berdisiplin Berilmu Berbakti
Kata Azimat Penuh Bererti
Guru Berbakti Setulus Hati
Mendidik Putera Puteri Pertiwi
Insan Cemerlang Teras Perjuangan
Guru Berkualiti Pencetus Wawasan
Mendidik Insan Bestari Berpedoman
SMKBT Cemerlang Gemilang Terbilang
Kami Berikrar Dan Berjanji
Menjadi Warga Berjati Diri
Demi Bangsa Agama Nan Suci
Pohon RestuIlahi

Penerangan Lencana Sekolah

Buku/Al-Quran – Punca ilmu dari sumber yang benar dan suci

Jangka lukis –Bermaksud unsur ketetapan yang diukur secara saintifik. Gabungan antara jangka lukis  air yang melambangkan penitisan ilmu yang menjadi amalan sekolah ini.
 
Bulat – Obor dilihat dari ata sbermaksud sumber cahaya ilmu petunjuk
Teknologi – Melambangkan pengamalan sains dan teknologi di sekolah

Warna Biru – Melambangkan kasih sayang
Warna Putih – Melambangkan kebersihan,ketulusan dan keikhlasan warga sekolah
Warna Kuning - Melambangkan kesetiaan
Warna Merah - Tanda berani da cekal

PANTUN SEKOLAH

PELAN SEKOLAH