header

BANGUN BINA BERSAMA MELONJAKKAN KECEMERLANGAN SMKBT :: BANGUN BINA BERSAMA MELONJAKKAN KECEMERLANGAN SMKBT :: BANGUN BINA BERSAMA MELONJAKKAN KECEMERLANGAN SMKBT

Sunday, 2 April 2017

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI Ke- 25 , MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGN DAN PENYAMPAIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2017

 Pada 30 Mac 2017 , SMK Bukit Tunggl telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke -25 di Dewan Al-Arif SMK Bukit Tunggal.Seawal jam 8.30 pagi, ibu bapa / penjaga hadir membuat pendaftaran sebelum mengambil tempat masing-masing di dalam dewan. Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan Al-Quran dan terjemahan oleh wakil pelajar.Seterusnya ucapan dan pembentangan mesyuarat oleh Yang Dipertua PIBG, Tuan Arif Sahibu Fadilah bin Tuan Ahmad.Turut diadakan lantikan yang dipertua PIBG untuk sesi 2017 /2018..Tahniah kepada Tuan Arif Sahibu Fadilah kerana sekali lagi dipilih menjadi Yang Dipertua PIBG dan mendapat sokongan dari semua ibu-bapa.
 Selepas Mesyuarat Agung PIBG , Diadakan pula Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan penyampaian bantuan awal persekolahan 2017.Objektif Majlis anugerah kecemerlangan pelajar adalah untuk memberi penghargaan kepada pihak sekolah dan PIBG kepada para pelajar yang telah
mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum 2016.Penganugerahan ini diharapkan dapat memberi motivasi  kepada pelajar supaya terus melakar kecemerlangan di pentas keilmuan.
 Pelajar terbaik STPM , Mohd Hafiz bin Ramly
Pelajar terbaik SPM , Mohd Farhan bin Khairuddin





No comments:

Post a Comment