Khamis -23 Februari 2017 - Majlis perasmian penutup kejohanan balapan dan padang kali ke -23 telah disempurnakan oleh Tuan Arif Sahibu Fadilah, Pegawai Pembangunan Dun Bukit Tunggal merangkap Pengerusi PIBG SMK Bukit Tunggal.Sebanyak 70 acara yang dipertandingan merangkumi 4 kategori iaitu P 15 , P 18 , L15 dan L18.Majlis dimeriahkan lagi dengan acara merejam lembing dan melontar peluru untuk acara bapa dan guru lelaki manakala lontar peluru untuk acara ibu dan guru wanita.Diharap dengan adanya kejohanan ini para pelajar dapat membuktikan keupayaan dan kualiti yang ada pada diri mereka, seterusnya menjadi pemangkin untuk mencungkil bakat-bakat baru yang kelak akan mampu mengharumkan nama sekolah,negeri,negara dan seterusnya ke peringkat antarabangsa.
KEPUTUSAN PENUH KEJOHANAN
KHEMAH TERBAIK - RUMAH HANDAL
PERBARISAN TERBAIK - RUMAH BERANI
No comments:
Post a Comment