header

BANGUN BINA BERSAMA MELONJAKKAN KECEMERLANGAN SMKBT :: BANGUN BINA BERSAMA MELONJAKKAN KECEMERLANGAN SMKBT :: BANGUN BINA BERSAMA MELONJAKKAN KECEMERLANGAN SMKBT

Monday, 27 February 2017

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2017 ( 21-23 FEBRUARI 2017 )





 Khamis -23 Februari 2017 - Majlis perasmian  penutup kejohanan balapan dan padang kali ke -23 telah disempurnakan oleh Tuan Arif Sahibu Fadilah, Pegawai Pembangunan Dun Bukit Tunggal merangkap Pengerusi PIBG SMK Bukit Tunggal.Sebanyak 70 acara yang dipertandingan merangkumi 4 kategori iaitu P 15 , P 18 , L15 dan L18.Majlis dimeriahkan lagi dengan acara merejam  lembing dan melontar peluru  untuk acara bapa  dan guru lelaki manakala lontar peluru untuk acara ibu dan guru wanita.Diharap dengan adanya kejohanan ini para pelajar dapat membuktikan keupayaan dan kualiti yang ada pada diri mereka, seterusnya menjadi pemangkin untuk mencungkil bakat-bakat baru yang kelak akan mampu mengharumkan nama sekolah,negeri,negara dan seterusnya ke peringkat antarabangsa.

KEPUTUSAN PENUH KEJOHANAN
KHEMAH TERBAIK          - RUMAH HANDAL
PERBARISAN TERBAIK     - RUMAH BERANI




Tuesday, 14 February 2017

14 FEBRUARI 2015 : MAJLIS PERSARAAN USTAZ HJ. ZAMRI BIN EMBONG


Pengetua Tn. Hj Ismail bin Kusri mengiringi ustaz Zamri ke Dewan Al Arif dengan diserikan oleh paluan kompang.

Bersama anak didik kelas KAA yang dididik 

Kenangan bersama Pengurusan SEMKIT

Kengan bersama guru-guru Pendidikan Islam SEMKIT 2017


Sunday, 5 February 2017

05 FEBRUARI 2017 PELANCARAN PROGRAM "JOM KE SEKOLAH " PERINGKAT SEKOLAH 2017

Program "JOM KE SEKOLAH " adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysai (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid.Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai perhubungan Sekolah di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

                   Majlis pelancaran program  " Jom ke Sekolah " peringkat sekolah telah dirasmikan oleh  Yang Setia ASP Mohd Rafi bin Mat Nor, IPD Cawangan Khas Kuala Terengganu merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah. Turut dilancarkan  dan dibugarkan semula " Peti Aduan  Murid" . Semoga pelajar-pelajar dapat memanfaatkan kegunaan peti aduan murid ini untuk melaporkan sebarang pemasalahan.
                 

                                 " KEHADIRAN ANDA SENTIASA DINANTIKAN "
                        DATANG DENGAN HARAPAN , PULANG DENGAN KEJAYAAN "

Ketibaan Yang Setia ASP Mohd Rafi bin Mat Nor

Nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan , Tranformasi Pendidikan dan lagu sekolah

Perasmian Program Jom Ke Sekolah dan Peti Aduan Murid

Gimik Pelancaran

Bacaan Ikrar yang diketuai oleh ketua pelajar