header

TRANSFORMASI SMKBT BAHARU :: TRANSFORMASI SMKBT BAHARU :: TRANSFORMASI SMKBT BAHARU

POWr Event Slider

Tuesday, 17 May 2016

PROGRAM RESTU ILMU - TINGKATAN 6


SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2016- 16 MEI 2016

Tanggal 16 Mei 2016 amat bermakna kepada warga pendidik SMKBT telah diadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Persembahan kompang formasi sekolah membuka tirai sambutan hari guru pada tahun ini.Selesai persembahan kompang,diadakan pula pertandingan sukaneka. Pertandingan sukaneka disertai oleh guru-guru serta pengurusan sekolah.
  Antara acara yang dipertandingkan ialah mengisi air dalam botol ,anyaman ketupat ,bawa bola pinpong dalam sudu serta boling kelapa. Pelbagai gelagat dan strategi yang dilakukan oleh guru bagi memastikan kemenangan pasukan masing-masing.
  
Tema Hari Guru pada tahun ini ialah  "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"sesuai dengan peranan guru yang bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi juga membentuk sahsiah pelajar  Semua guru diarak dengan paluan kompang dan bunga manggar bermula dari Dataran Al Aziz menuju ke Dewan Al Arif dengan didahului oleh barisan pengurusan sekolah. 

Acara di dewan dimulai dengan bacaan Al-Quran dan diikuti dengan bacaan perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia, Pengarah Pelajaran Malaysia dan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu yang disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Kokurikulum. Seterusnya ucap tama daripada Tuan Hj Ismail bin Kusri, Pengetua SMKBT. Seterusnya ialah nyanyian lagu Guru Malaysia oleh semua guru.
Program sambutan Hari Guru diteruskan lagi dengan   persembahan di Dewan Al Arif. Majlis dimeriahkan dengan persembahan video, nyanyian dan dikir barat oleh pelajar SMKBT. Selain itu  barisan pengurusan dan guru-guru juga tidak ketinggalan menunjukkan bakat nyanyian. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang acara sukaneka dan penyampaian sijil kepada guru-guru atas peningkatan 5% ke atas dalam peperiksaan SPM dan STPM.

 Kemeriahan sambutan Hari Guru diakhiri dengan majlis jamuan guru -guru dibilik gerakan.