Sunday, 28 February 2016
MAJLIS PELANCARAN NILAM DAN MENTOR MENTEE 2016 / 28 FEBRUARI 2016
Program NILAM atau Nadi Imu Amalan Membaca merupakan salah stu aktiviti tahunan program bacaan yang dijalankan di bawah Pusat Sumber Sekolah yang wajib disertai oleh semua pelajar.Program ini terbahagi kepada dua tahap iaitu Jauhari dan Rakan Membaca.Pengiktirafan dalam bentuk pingat gangsa,perak dan ,emas dan seterusnya anugerah nilam. Untuk Tahun 2016 Tokoh Nilam Sekolah dimenangi oleh Nurul Athirah binti Mohd Azmi dari kelas 3 Kaa dengan bacaan buku sebanyak 280 buah manakala Nor Sharini binti Ab Rahim telah memenangi anugerah tokoh Nilam peringkat PKG Manir dan tempat ketiga pada peringkat daerah Kuala Terengganu.
HARI PERARAKAN APRESIASI KOKURIKULUM 2016 / 23 FEBRUARI 2016
Hari Perarakan Apresiasi Kokurikulum ini diadakan serentak di seluruh sekolah di negeri Terengganu. Antara objektif utama program ini adalah untuk memberi pernghargaan kepada diri pelajar sendiri atas usaha dan semangat menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah. Ini juga selaras dengan agenda utama JPNT iaitu" memperkasakan transformasi pendidikan "..Tahniah dan syabas kepada seluruh warga SMKBT kerana memberikan kerjasama dan komitmen yang padu dalam menjayakan program ini.
Wednesday, 24 February 2016
LADAP 4 SMKBT / 20 FEBRUARI 2014
Ladap di sekolah merupakan tempat bagi bagi guru-guru dan staf sokongan mendapat ilmu tentang tugas profesional mereka. Ladap 4 kali ini terbahagi kepada 2 slot . Slot pertama oleh Tuan PK Pentadbiran SMK Bukit Tunggal iaitu En Mohd Talib bin Abdul Wahab menerusi slot pelaksanaan pemantauan SKPM standard 4 dan slot kedua oleh Cik Marlini Awang iaitu menerusi slot pembugaran FROG VLE 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)