header

BANGUN BINA BERSAMA MELONJAKKAN KECEMERLANGAN SMKBT :: BANGUN BINA BERSAMA MELONJAKKAN KECEMERLANGAN SMKBT :: BANGUN BINA BERSAMA MELONJAKKAN KECEMERLANGAN SMKBT

Saturday, 10 October 2015

MAJLIS RESTU ILMU PT3 - 8 OKTOBER 2015

Sebagai persediaan terakhir sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan pada 12,13 dan 15 Oktober 2015, SMKBT di bawah Unit Khidmat Bimbingan dan Kaunseling dan PIBG sekolah telah menganjurkan Majlis Restu Ilmu PT3. Tujuan utama majlis ini diadakan adalah agar murid dapat menyediakan diri dari segi fizikal dan mental menerusi dorongan dan galakan daripada guru dan warga SMKBT.

Selain daripada itu, majlis ini turut menggaris beberapa objektif lain seperti :
  1. Memohon restu guru serta memperoleh keberkatan ilmu sebagai bekalan paling berharga sebelum menduduki peperiksaan PT3
  2. Menyemai perasaan menghargai, bersyukur dan berterima kasih kepada guru dan warga sekolah.
  3. Membina hubungan erat sesama murid dan guru, seterusnya memberi kelapangan dada kepada murid dalam menghadapi PT3
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Guru Bimbingan dan Kaunseling, SMKBT , En. Mohd Sapie bin Mohd Zin. Dalam ucapannya, beliau turut menerangkan rasional program tersebut diadakan.

No comments:

Post a Comment